Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur bagi remaja perempuan
Saya berumur 15 tahun.Saya mula datang haid berumur 13 tahun pada bulan 12. Selepas 3 bulan haid saya mula tidak teratur. Kadang kadang haid saya tidak datang sehingga 3-4 bulan. Sekarang bulan terakhir haid saya pada bulan 3/2021 dan sudah 3 bulan haid saya tidak datang. Saya berpendapat bahawa haid saya tidak teratur kerana stress dan juga berat badan yang tidak seimbang. Tinggi saya adalah 165 cm dan berat saya 46 kg. Adakah berat badan saya normal? Terima kasih doktor
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami mengambil maklum dan sangat memahami sekiranya haid yang tidak teratur itu membuatkan anda rasa bimbang dan tidak selesa.
Untuk pengetahuan anda, berdasarkan berat badan (46kg) dan ketinggian (165cm) yang telah dinyatakan, anda termasuk golongan individu dengan berat badan dibawah paras normal (underweight).
Ya, anda betul, gangguan stress dan penyusutan berat badan yang mendadak boleh memicu kitaran haid yang tidak teratur, namun selain itu, penggunaan ubat tertentu atau pil kontraseptif hormon juga boleh menyebabkan gejala yang hampir sama.
Malah, gejala haid yang tidak datang sehingga 3-4 bulan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor agar kami boleh berkongsikan pada anda pelan kesihatan bagi meningkatkan berat badan secara berkala disamping merungkai permasalahan haid yang tidak teratur.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























