Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Haid tidak teratur dan darah berwarna coklat

Dijawab oleh: Patient Care Consultant

Dikemaskini pada: Mei 27, 2019 5:35 AM

Anonymous 12 bulan

Hi dokter, saya wanita berumur 27 tahun. saya berkahwin pada bulan 4 2018, sejak saya berkahwin saya mengalami period yang tidak teratur. saya telah rujuk pada pakar sakit puan(hospital umrah) untuk buat ujian papsmear pada bulan 9 2018. dan keputusan ujian tiada masalh cuma sy mengalami jangkitan kuman dan sedikit pendarahan di pintu rahim. baru baru ni pada bulan 4 2019 saya berjumpa dokter lagi sekali unutk scan sama ada saya ada cyst/fibroid dan keputusan juga sama tiada masalah. persoalan saya kenapa period saya cuma keluar sedikit darah dan ia berwarna coklat. setiap kali period darah cuma keluar sedikit. saya risau sebab saya sedang merancang untuk hamil. mohon dokter dapat membantu permasalahan yang saya alami.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Darah yang keluar sedikit berkemungkinan besar merupakan haid yang normal, Ketulan berwarna merah gelap adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.

Punca-punca yang boleh menyebabkankitaran haid yang tidak teratur termasuk:

• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan

Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mengenalpasti punca kepada gejala anda.

Untuk mengetahui punca masalah isteri anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 27 2019 05:35:39 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Keluar lendir Putih bercampur darah Hai Doktor. Saya wanita berumur 37 tahun dan telah mengambil perancangan keluarga berbentuk suntikan selama 6 tahun. Selama sama mengambil kaedah perancangan keluarga ini, haid saya tidak keluar… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Faraj luka selepas guna kondom berduri Saya menggunakan kondom yang jenis berduri ketika melakukan persetubuhan dengan isteri, mungkin agak ganas sehingga mengakibatkan pendarahan, 1 haribln merupakan tarikh isteri period… Jadi saya … Baca lagi...
5 hari
Sulit
Masalah darah penyakit yang lama, masalah haid tidak teratur Saya berumur 19 tahun, sepatutnya saya kena haid akhir bulan april 2020,namun saya lambat dalam beberapa hari menyebabkan saya datang haid pada awal bulan Mei dan kena selama 13 hari. Itu meman… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Period tak lancar, yg keluar cuma lendir coklat walaupun sudah hari ke4. Selalu tak macam ini Saya ada ambil pil perancang, saya bercadang untuk ambil jamu gentel harumnita untuk dalaman, boleh ke? Baca lagi...
16 hari
Sulit
Haid yang tidak datang lama Saya berumur 23 tahun dan masih belum berkahwin. Dari dulu period saya memang tak teratur.Saya ada sejarah ovarian cyst ketika saya berumur 15 tahun.Sehingga sekwrg haid saya jarg datang walapun… Baca lagi...
6 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi