
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur. Datang haid 2 kali sebulan selepas beberapa bulan tidak alami masalah ini. Minta penjelasan daripada doktor
Saya wanita berumur 20 tahun dan pada bulan ni saya datang haid 2 kali sebulan.sebelum ni saya pernah kene haid 2 kali tapi beberapa bulan yang lepas. Saya nak tau apa punca haid dtg 2 Kali sebulan dan adakah ianya berbahaya? Perlu ke saya berjumpa doktor berkaitan dengan masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yan tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!