
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur selepas seks adakah punca cyst menyebabkan tidak datang haid
Saya wanita 25th, semasa tidak melakukan hubungan seks, haid saya teratur, bulan seterus melakukan seks haid saya tidak datang mengikut waktu waktu sebelumnya. adakah itu punya CYST??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami haid tidak teratur dan ingin mengetahui jika ia berpunca daripada cyst ovari. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom cyst ovari adalah:
- sakit pada bahagian pinggang yang melampau
- sakit ketika seks
- haid yang terlalu banyak, tidak teratur atau terlalu sedikit
- kembung atau benjol pada abdomen
- susah untuk mengandung
Namun begitu, haid tidak teratur juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain. Seperti:
- Stres
- Masalah tiroid
- PCOS
- Endometriosis
- Polyp atau fibroid
- Masalah radang pelvis
- Perancang keluarga hormon
Berikut merupakan diagnosis umum mengenai punca masalah anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor.
Anda boleh merujuk perkara ini kepada doktor atau pakar sakit puan kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan