
Sulit
3 tahun
Haid tidak teratur selepas vaksin
Saya perasan yg haid saya lain dari sebelum ni lepas saya cucuk vaksin dos kedua pada 30/8. Kalau ikutkan period cycle saya, saya akan dtg next period pada 10/9. Tapi sepanjang bulan 9 saya tak dtg period and saya perasan ada darah keluar sikit pada 4/10. Darah keluar sikit, kadang tu tak keluar langsung sampai la hari ketujuh dia keluar darah coklat yg banyak and dia stop terus lepas tu. And suddenly harini 15/10 ada mcm darah kuning2 sikit yg keluar. Sikit je lepastu dia stop. Apa sebenarnya masalah yg jadi ya? Saya last period tak teratur masa saya form 2 dulu. Now saya dah 25tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid tidak teratur selepas vaksinasi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kajian semasa tidak mencukupi untuk menunjukkan hubung kait antara penerimaan vaksin Covid-19 dengan masalah haid. Oleh itu, kemungkinan masalah anda berpunca daripada masalah kesihatan yang lain seperti :
- gangguan tekanan, stress
- masalah berat badan sama ada berlebihan ataupun berkurangan (BMI>25 atau <18.5)
- Bersukan berlebihan
- kesan sampingan sesetengah ubat seperti pil perancang
- Sakit puan seperti PCOS, sista ovari, polip dan lain.
- Ketidakseimbangan hormon
Kami menyarankan anda merujukkan perkara ini kepada doktor supaya punca sebenar masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda juga boleh dapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda menangani masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan.