
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur yang menyebabkan istihadhah
Saya wanita berumur 22 tahun, mengalami kitaran haid yang tidak teratur yang menyebabkan saya istihadhah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid yang tidak teratur.
Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, suka untuk saya berkongsi kepada anda apakah darah istihadah. Istilah istihadah merujuk kepada pendarahan dari faraj di luar waktu kitaran haid yang normal ataupun pendarahan nifas selepas bersalin. Antara sebab berlakunya darah istihadah adalah kerana masalah hormon yang tidak seimbang atau masalah fizikal pada sistem kemaluan wanita.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Tentang haid tidak teratur pula, terdapat beberapa sebab berlakunya kondisi ini seperti :
- Ketidakseimbangan hormon
- Ovulasi atau Ovulation Spotting
- Penyakit yang menyebabkan anda tidak berovulasi
- Masalah tiroid
- Stress atau kegelisahan
- Penggunaan kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Endometriosis (Ketumbuhan tisu rahim pada luar rahim)
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Jangkitan kuman pada serviks atau rahim
- Kehamilan ektopik
- Kanser rahim atau ovari
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya masalah haid anda berterusan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan Doktor. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.