
Sulit
3 tahun
Haid yang tak teratur
Saya wanita berumur 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai masalah kitaran haid . Pada bulan bulan yang lepas haid saya teratur tetapi pada bulan ini haid saya datang seminggu awal dari tarikh yang sepatutnya dan hanya 2 hari haid saya dan hanya keluar sedikit sahaja . Selepas beberapa minggu saya mula merasa tanda tanda untuk datang haid semula tetapi belum datang haid lagi . Soalan saya adakah itu normal atau saya perlu berjumpa dengan doktor untuk memeriksa ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid yang yang tidak seperti kebiasaanya secara tiba-tiba. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, jumlah darah haid normal adalah antara 10-35 ml darah sepanjang kitaran haid. Untuk memastikan sama ada anda mempunyai sebarang masalah kesihatan berdasarkan darah haid adalah sukar kerana maklumat yang lebih terperinci mengenainya adalah diperlukan.
Namun, secara umumnya, keadaan ini boleh berlaku kerana:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Pengaruh perancang kehamilan
- Kehamilan
Gejala ini juga boleh berlaku akibat masalah yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat semasa haid.
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Kehamilan ektopik
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan