Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hamil 6 minggu 5hari

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 28, 2020 7:46 AM

Sulit 53 hari

Sebelum sedar yg sy tgh Hamil 6 minggu 5 Hari saya telah mkn kerabu Nanas muda dan mnum air kelapa dgn jumlah yg berulang kali. Adalah itu menyebabkan bahaya pada kandungan. Adakah akan menyebabkan kecacatan pada janis atau sbgai nya.dan telah buat scan tapi hanya ada kantung yg ksong. Normal kah dlm usia 6 minggu 5hari hanya nampak kantung. Skrg tgh merasai sakit2 d ati2 dan pinggang…

Dr Sashini Seeni 53 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.

Untuk makluman anda, makan nenas dan minum air kelapa tidak menjejaskan kandungan anda, ia hanyalah mitos semata mata. Namun anda harus berwaspada dan makan atau minumlah dengan sederhana.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Saya kurang pasti apa yang maksudkan tentang kantung kosong sahaja, dalam usia kandungan 6 minggu, biasanya kantung dalam rahim akan mengandungi embryo janin. Tetapi saya percaya sekiranya kantung kosong yang dikatakan anda adalah suatu masalah, sudah pasti doktor yang merawat tersebut akan melakukan ujian lanjut terhadap anda. Sebaliknya, sekiranya kantung tersebut adalah sihat dan normal, sudah pasti doktor tersebut memberikan jaminan yang baik untuk kandungan anda.

Sekiranya sakit yang anda alami berpanjangan di disertai pendarahan, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Nov 28 2020 07:46:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Adakah air mani yang diletakkan di atas badan boleh menyebabkan kehamilan? adakah air mani diletakkan di atas badan kemudian dicuci dengan cara berdiri boleh memasuki lubang faraj dan menyebabkan kehamilan ? Baca lagi...
4 hari
Sulit
Kopi merbahayakan nyawa kandungan awal Hi docc, betulkah caffeine di dalam kopi bole menyebabkan keguguran peringkat awal? Baca lagi...
5 hari
Sulit
Period delay upt negative selepas on clomid dan injection pregnyl 5000 Salam sejahtera, Sy cucuk pregnyl pada 21/12/2020 cd13, tapi sampai sekarang sy dah cd34 period sy tak datang lg and cek upt negatif. Maknanya memang tidak berjaya atau masih awal untuk cek upt… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Adakah tompok darah petanda tepat mengandung? adakah tompok darah ialah salah satu petanda awal yang akan terjadi jika seseorang tu mengandung ? ataupon akan terjadi kepada sesetangah orang sahaja ? Baca lagi...
2 hari
Sulit
Setelah makan pil perancang 7 hari dan bersama suami adakah akan hamil? Saya wanita berumur 31. Saya pertama kali mengambil pil perancang pada hari pertama haid. Tetapi haid saya datang sehari dahaja dan pada hari ketujuh saya mengambil pil. Saya bersama suami dan s… Baca lagi...
11 hari