
Anonymous
5 tahun
Hamil anak kembar seiras atau tidak seiras
boleh saya tahu apakah symtom sekiranya hamil bayi kembar? adakah kebarangkalian hamil anak kembar sekiranya tiada genetik kembar dan tidak mengambil sebarang pil kesuburan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan tahniah atas kehamilan anda dan kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dihadapi.Terdapat pelbagai simptom jika anak kembar. Antaranya:
- Tanda yang “sangat terang” pada ujian kehamilan
- “MORNING SICKNESS” yang melampau
- Pertambahan berat badan melebihi normal
- Saiz perut yang besar
- Pergerakan bayi dalam kandungan berlaku lebih awak dan kerap
-Sakit belakang
-Bengkak air
Sering ke tandas
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.