Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hamil lagi setelah melahirkan

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Oktober 21, 2021 11:56 PM

Sulit 43 hari

saya berumur 26 tahun. saya melahirkan anak pertama saya pada 30/7/2021. tetapi anak saya meninggal pada keesokan harinya pada 31/7/2021. Anak saya meninggal disebabkan Congenital Diaphgramtic Hernia(CDH) paru-parunya terlalu kecil dan sukar bernafas. Pada pendapat Doktor boleh ke saya hamil semula dalam waktu yang terdekat? atau berbahaya untuk saya hamil semula?

Dr Ramzdhan 43 hari
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda baru melahirkan anak pada bulan Julai lalu dan ingin mengetahui jika anda boleh hamil dalam waktu terdekat. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, saranan bagi jarak kehamilan adalah sekurang-kurangnya 12 bulan. Sebaiknya jarak kehamilan yang disyorkan adalah di antara 18-24 bulan. Jika anda mengandung sebelum 12 bulan, anda mempunyai risiko yang tinggi untuk komplikasi kehamilan seperti anemia, kelahiran pramatang dan sebagainya. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor pakar ibu dan anak untuk nasihat mengenai perancangan keluarga. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Dikemaskini pada: Thu Oct 21 2021 23:56:59 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19