
Sulit
3 tahun
Hamil selepas divaksin
Dos 1 vaksin sinovac pada 24/8 ketika saya period. Dos kedua 14/9 sebelum period. Soalan saya, saya buat UPT pada 23/9 dan positif . Adakah vaksin memberi kesan terhadap kandungan saya sekarang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, menurut KKM, wanita hamil adalah golongan yang berisiko tinggi dan digalakkan untuk mendapatkan vaksin Covid 19. Wanita hamil dibenarkan untuk divaksinasi pada bila-bila tempoh kehamilan selepas mengambil kira manfaat dan risiko. Semua jenis vaksin Covid 19 yang digunakan di Malaysia adalah selamat dan berkesan kepada wanita hamil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini