Sulit
2 tahun
Hand numbness and less feeling in finger
Hi, saya wanita 20an dan seorang pelajar. Saya ingin bertanya mengapa tangan saya berasa kebas dan berdenyut untuk 2,3 hari ini? kebiasaanya ia berlaku pada waktu malam dan bangun daripada tidur. Adakah ia berpunca kerana saya banyak melakukan aktiviti yang melibatkan pergelangan tangan seperti menulis atau menaip?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
Antara punca berlakunya tangan kebas ialah seperti:
- Kekurangan Vitamin B12 dalam badan
- Kencing manis
- Sebarang kecederaan pada tulang belakang
- Kecederaan pada ‘brachial plexus’ ( ‘Brachial plexus’ merupakan cawangan saraf pada bahu, lengan serta tangan kita)
- Carpal tunnel syndrome’. Ini merupakan sebuah masalah umum yang menimpa orang yang kerap menggunakan tangan serta jari mereka tanpa sebarang rehat menybabkan saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
- Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
- Gejala awal strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.