
Sulit
4 tahun
Hi , saya 18, and saya ada berjumpa dengan gf
kami berjumpa , kami tidak melakukan seks, tetapi, kami meletakkkan alat sulit tanpa lapik , dan saya tk sengajanya sya terkena dia punya v, lalu berdarah, kami tkut, adakah itu akan menyebabkan kandungan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Bersama dengan pasangan tanpa ikatan yang sah adalah tidak digalakkan dan tidak sesuai di negara ini. Justeru kami nasihatkan anda untuk berhenti daripada aktiviti seperti ini bersama dengan pasangan.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekiranya anda bersama dengan pasangan tanpa penetrasi kemungkinan untuk pasangan anda hamil adalah rendah. Namun begitu, kemungkinan untuk pasangan anda hamil juga boleh berlaku sekiranya titisan air mani lelaki termasuk kedalam vagina. Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, pasangan anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar\
Untuk mengesahkan kehamilan, anda perlu berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan menjalani beberapa prosedur lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.