
Sulit
4 tahun
Hidung berasa bengkok sebelah dan tidak sekata
saya wanita dan sering sakit kepala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui keterangan anda, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan kepada anda. Pemeriksaan susulan juga diperlukan untuk mengenalpasti kaitan antara gejala sakit kepala dan hidung terasa bengkok yang anda alami. Namun, secara umum, gejala sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Tension-type headache
- Migrain
- Cluster headache
- Sinus headache
Sakit kepala jenis sekunder (baca: sakit yang disebabkan masalah pada struktur otak) seperti kanser atau kecacatan biasanya disertai gejala yang lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala