Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hidung dan tekak terasa panas, tekak sering kering dan cepat dahaga

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Disember 10, 2021 1:45 AM

Sulit 5 bulan

Saya wanita berusia 20 tahun. Sebelum ini saya sihat sahaja. Hal ini baru berlaku. Saya rasa perit tekak dan kering, sedangkan saya kerap meminum air kosong suam dan tidak meminum air manis. Hidung dan tekak saya terasa panas, saya juga sering berpeluh jika melakukan aktiviti. Saya hanya berfikir ingin demam tetapi suhu badan saya normal tapi kaki saya kesejukan apabila membuka kipas walaupun cuaca di luar panas, apabila saya menutup kipas saya berpeluh banyak tidak seperti biasa. Saya mengalami sakit tekak selama 3 hari. Tetapi hidung dan tekak saya masih terasa panas dan tiba-tiba sakit sendi-sendi. Saya sempat berfikir simptom covid, saya membuat test 2 kali dan hasilnya negetif. Keesokanyya, sakit sendi-sendi saya hilang tetapi hidung dan tekak saya masih terasa panas. Selain itu, kadang-kadang saya terasa ingin pitam jika tidak kerap meminum air. Jadi saya perlu kerap meminum air ketika bercakap jika tidak tekak terasa kering dan ingin pitam. Saya juga hilang nafsu makan, saya hanya makan satu senduk nasi satu kali sehari dan perut jadi kenyang. Jika saya memaksa untuk makan berkali-kali dan banyak ia membuatkan saya menjadi mual-mual. Apakah penyebabnya? Dan apa yang dapat saya lakukan? Saya sudah mengalaminya selama seminggu. (saya tidak ada sebarang penyakit sebelum ini). (saya pernah oprate membuang tonsil di umur 5 tahun, saya membuang 2 tonsil di tekak dan ianya hanya tinggal 1 di hidung).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 5 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala anda mengalami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:

  • Post-nasal drip
  • Tidur berdengkur
  • Kesan alahan resdung
  • Radang resdung atau radang amandel
  • Penyakit gastrik atau asid refluks (GERD)

Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.

Dikemaskini pada: Fri Dec 10 2021 01:45:32 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Am tentang sakit tekak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80