Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hidung sering tersumbat dan ade bengkak

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: November 18, 2021 11:08 AM

Sulit 59 hari

sy berumur 33tahun dan sering mengalami hidung tersumbat, setiap kali nak tido, bila sy mengereng ke kiri, hidung kanan berfungsi, dan sebaliknya,. saya dapato juga hidung saya bengkak sebelah dalam kiri dan kanan, adakah masalah serius dan perlu berjumpa doktor segera?

Dr Sri Viknarajan 59 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan hidung anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah hidung tersumbat dan terdapat bengkak di dalam bahagian hidung anda. Saya akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa keadaan yang sering dikaitkan dengan masalah anda iaitu:

  • Penyakit alahan ruangan hidung ( allergic rhinitis )
  • Keradangan sinus yang kronik ( Chronic sinusitis )
  • Hidung yang sensitif dengan perubahan cuaca atau suhu
  • Keradangan ruangan hidung ( Nonallergic rhinitis )
  • Ketumbuhan polip dalam hidung
  • Jangkitan kuman pada ruangan hidung atau sinus ( recurrent infections )
  • Stress atau masalah tiroid
  • Alahan pada makanan atau ubat.

Anda boleh mencuba yang berikut untuk melegakan masalah hidung tersumbat serta bersin anda di rumah dengan:

  • Menjauhi daripada bahan yang mempunyai alahan
  • Jaga kebersihan diri secara am
  • Lakukan senaman sekiranya boleh untuk memlancarkan salur penafasan anda
  • Elakkan makanan yang mempunyai alahan
  • Kurang stress dan cukupkan tidur
  • Banyakkan makan makanan bervitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Namun jika masalah ini masih berlarutan, anda perlu berbincang tentang keadaan ini dengan doktor untuk menentukan rawatan yang terbaik.

Saya harap jawapan diatas dapat membantu anda. Jika anda ingin bercakap dengan doktor atau pakar kami untuk berbincang tentang masalah ini dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Dikemaskini pada: Thu Nov 18 2021 11:08:58 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Telinga, Hidung & Tekak tentang ENT secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19