
Sulit
4 tahun
Hidung Tersumbat dan hilang deria
Sy pregnant dan mengalami hidung tersumbat kerana selesema… Selesema sy sudah berkurangan cuma hidung masih tersumbat. Sejak 5 hari lepas sy hilang deria bau dan rasa. Adakah ianya normal? Apakah cara untuk menyembuhkannya? Terima kasih doktor.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hidung tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Alahan rhinits
Alahan kepada persekitaran
Ketumbuhan seperti polip
Keradangan sinus
Masalah struktur hidung
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Penyakit diatas kesemuanya menyebabkan hidung tersumbat. Maka, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi.
Anda juga telah selsema sehingga hilang deria bau dan rasa. Hal ini sering terjadi oleh pesakit yang selsema. Namun, kebiasaannya juga perkara ini akan sembuh dalam masa beberapa hari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Reply
Bookmark Share Flag Invite Reply
Normal
You will be notified if someone mentions your @name or replies to you.