Sulit
3 tahun
Hilang deria bau akibat positive covid 19 dan result ke dua negative
saya positive covid dan swab kali kedua result negative…tetapi deria bau saya still tiada…berapa lama deria bau kembali pulih…adakah memakan masa berbulan
3 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan gejala COVID-19 dan kondisi kesihatan secara umum.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, mereka yang telah sembuh dari jangkitan virus (atau khususnya COVID-19) secara automatik telah mempunyai kekebalan terhadap strain virus COVID-19 tersebut. Maka dengan itu, anda (secara teori) telahpun bebas dari jangkitan dan tidak lagi dapat menjangkiti orang lain. Sila menghubungi doktor anda untuk mendapatkan kepastian.
Walau bagaimanapun, berdasarkan informasi terkini dari WHO, sememangnya terdapat beberapa kes dimana berlakunya fenomena sindrom selepas jangkitan COVID-19 (Post COVID-19 Syndrome) yang boleh berlaku sehingga 6 bulan selepas disahkan pulih dari jangkitan COVID-19. Antara gejala yang terkait, adalah
- lemah badan
- batuk
- susah bernafas
- hilang deria bau/rasa
- sakit kepala/sendi
- sakit dada/perut
- loya dan cirit birit
- pening/kekeliruan
Justeru adalah amat penting bagi anda untuk mematuhi SOP seketat mungkin. Laksanakan kebersihan tangan dengan baik, patuhi penjarakan sosial/fizikal setiap masa, memakai pelitup muka apabila anda berada di luar rumah dan kurangkan terdedah kepada komuniti di luar buat sementara waktu atau stay home sekerap yang boleh agar kadar kebolehjangkitan sekeluaraga menjadi semakin kecil.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini secara berkala di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini