Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hilang deria rasa dan bau dah masuk minggu seminggu

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 8, 2020 4:04 PM

Sulit 9 bulan

Saya batuk dan selesema dh 3 minggu. Skrg ni minggu ketiga hilang deria rasa dan bau. Bahaya tak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 9 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, saya beranggapan bahawa anda risau mengenai gejala yang anda alami berkaitan dengan jangkitan COVID-19.

Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:

Walaupun ada laporan mengenai hilang deria rasa dan bau namun ianya bukan lah gejala yang umum.

Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh

Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.

Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat

  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.

  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus

  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang

  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna

  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah

  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Apr 08 2020 16:04:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Sakit tekak dan sedikit rasa penat bernafas Saya ingin bertanya, perlukah saya jalani swab test, jika saya ada close contact bersama dengan seorang positif Covid-19. Saya ada menaiki kereta bersama dengan dia, dan duduk sebelah dalam jara… Baca lagi...
7 jam
Sulit
Pening, pedih mata, sakit tekak, kerap bersin Kerap pening, pedih mata, sakit tekak, kerap bersin … dah 1 minggu. Adakah Covid19? Baca lagi...
7 jam
Sulit
Tanda tanda jangkitan covid 19 Batuk,lemah seluruh badan,telinga berdengung, hilang deria bau, kurang selera makan Baca lagi...
14 jam
Sulit
Adakah saya perlu ke klinik @ hospital untuk membuat covid test? Saya seorang surirumah berumur 32tahun dan anak keempat (bongsu) saya masih menyusu badan (2month+), sejak 5 hari lalu saya mengalami sakit tekak (mungkin radang tonsil kerana sakit dibawah kedu… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Keputihan dan gatal di bahagian tekak sejak beberapa hari lps sy ada mengalami sakit tekak berkahak tetapi tidak batuk dan tidak demam. sy juga mendapati terdapat sedikit keputihan di bahagian tekak sy. perlukah sy menjalani swap te… Baca lagi...
7 jam