
Sulit
4 tahun
Hilang ingatan tanpa sebab
Say remaja perempuan 15 tahun, saya mengalami masalah hilang ingatan terhadap perkara yang telah berlaku sekiranya saya stress… Apakah masalah yang sebenarnya saya hadapi

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda dihadapi. Namun begitu, masalah yang anda hadapi adalah kompleks dan memerlukan maklumat lanjut, pemeriksaan serta ujian tertentu juga mungkin diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Biasanya masalah ingatan atau sebarang masalah berkaitan otak lebih difahami oleh doktor pakar otak dan saraf atau dipanggil neurologist. Saya mencadangkan agar anda merujuk masalah anda ini kepada pakar otak agar pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca gejala yang anda hadapi serta dirawat dengan betul dan tepat.
Buat masa ini saya sarankan anda untuk mengurangkan dan elakkkan diri daripada tekanan. Terdapat beberapa cara lain yang boleh untuk dilakukan untuk mengurangi stres anda. Antaranya:
- Melakukan aktiviti kerohanian
- Mengadakan senaman secara berkala
- Mempraktikkan pengamalan tidur yang baik (sleep hygiene).
- Berjumpa dengan pakar kaunseling
- Mengamalkan pemakanan yang sihat
Terdapat pelbagai maklumat yang perlu dipertimbangkan sebelum mendapatkan kesimpulan dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.