Sulit
3 tahun
Hipertiroid dn prnafasan tak lancar
Sy wnita 21 thun yg sdg mnghdap pnyakit tiroid iaitu hipertiroid,skrg prnafasn sy tak lancr…sy sda pg hospital tp doctor yg merawat tidak memberi apa2 ubat tiroid.apa yg prlu sy lakukan utk mngurangi gejala hipertiroid ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang hipertiroid.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya sedikit musykil kenapa Doktor tersebut tidak memberi apa apa rawatan kepada anda sedangkan anda telah didiagnos dengan hipertiroid. Tiada perkara yang anda boleh lakukan di rumah bagi mengurangkan gejala sebegini tanpa rawatan yang betul dari segi medikal.
Oleh itu saya sangat menasihatkan anda untuk merujuk kembali masalah anda ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Hal ini boleh membahayakan nyawa anda sekiranya dibiarkan berterusan.
Sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !