
hatzee12
5 tahun
Hispital atau klinik saringan kesihatan di shah alam/ subang jaya / puchong
Boleh saya tahu dimana sy boleh bawa anak sy utk pemeriksaan kesihatan utk saringan covid19 di area yg berdekatan dengan shsh alam, subang jaya atau puchong??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Sebelum melakukan ujian COVID-19 di hospital, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Hospital KKM memberi keutamaan kepada mereka yang berisiko sederhana tinggi atau tinggi untuk mengambil ujian COVID-19. Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19). Untuk kes yang lebih rendah risikonya untuk COVID-19, anda boleh melakukan ujian tersebut di hospital swasta seperti Hospital Gleanagles, KPJ dan Pantai. Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini