
Anonymous
6 tahun
Hormon tidak menentu
Saya wanita dalam 20an, saya ada mengalami masalah hormon tk stabil, jadi saya berjumpa dgn dr then dr bgi saya makn pil perancang, saya nak tanya, waktu rest 7 hari tu, selepas 21 hari tu, period memang akan datang waktu tu ke ? Kalau tak datang mengapa ? Then nak tanya sewaktu makan pil perancang period akan datang ke waktu makan pil tu selama 21 hari tu ? Terima Kasih

6 tahun
Terima kasih atas soalan yang telah diajukan oleh anda.
Pek pil dua puluh lapan hari mengandungi 21 pil aktif dan tujuh pil tidak aktif (plasebo). Pek pil ditandakan dengan hari-hari minggu untuk mengingatkan anda untuk mengambil pil setiap hari. Tujuh pil yang tidak aktif dalam pek pil 28 hari ditambah supaya anda diingatkan untuk memulakan pek pil baru selepas 28 hari.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
Konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA jika anda merupakan ahli Peduli Sihat.