
Anonymous
5 tahun
Hubungan kelamin secara tidak dilindungi
saya lelaki berumur 20an. saya bersama isteri saya telah melakukan hubungan sex uprotected dan telah mengambil ubat perancang ( postinor 2 ) . pada keesokan hari, kami telah mengadakan hubungan sex skali lagi lalu mengambil pil kedua tersebut. sekarang dia mengalami simptom kehamilan seperti mual mual dan sedang mengalami period yg sangat sedikit dalam tempoh dua hari. adakah isteri saya masih mempunyai risiko untuk hamil dalam tempoh masa ini? jika ya, bagaimanakah cara untuk mengelakkan kandungan ini dari terus membesar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, tanda-tanda kehamilan adalah :
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan anda. Banyak tanda-tanda ini juga berkaitan dengan keadaan kesihatan yang lain, termasuk sindrom pramenstruasi (PMS).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.