Sulit
3 tahun
Hydrotubation sakit puan
Saya telah melakukan rwatan ini… saya nak tnya… normal ke berlaku pendarahn di faraj saya? Dan apakah fungsi rawatan ini? Berapa lma faraj akan berdarah? Dan bilakah boleh menjalinkan hub? Sya berkahwin 4 thun. Dan doc suggest buat rawatan ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, hydrotubation merupakan prosedur perubatan yang digunakan oleh pakar ginekologi untuk melihat punca ketidaksuburan dalam wanita. Cecair akan dimasukkan ke dalam rahim dan tiub fallopian untuk melihat jika ada tiub yang tersumbat lalu menyebabkan kesukaran mengandung. Ia juga boleh membasuh keluar lendiran yang pekat dalam rahim dan tiub. Pendarahan memang perkara biasa kerana penggunaan alat-alat untuk membuka jalan ke rahim. Biasanya pendarahan ini sedikit dan tidak melebihi seminggu. Anda boleh menjalankan hubungan selepas pendarahan berhenti.
Anda boleh juga mendaoatkan pendapat panel doktor pakar ginekologi kami untuk info lebih lanjut di sini. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.