
Sulit
3 tahun
Ibu mengandung boleh ambil vit c dos 1000 mg ke?
Saya ingin ambil vit c luar dos kandungan 1 schet 1000 mg . Bole ke ? Saya sedang mengandung 6 bulan lbih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jika ibu mengandung boleh mengambil vitamin C 1000mg, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, vitamin C merupakan mikronutrient yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan ibu yang mengandung memerlukan sekitar 80mg ke 120mg vitamin C dalam masa sehari.
Dos paling tinggi ialah sebanyak 2000mg dan boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti muntah-muntah dan cirit birit jika diambil lebih daripada dos yang disarankan.
Namun setiap individu atau wanita hamil mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza-beza, penggunaan supplemen yang salah boleh menyebabkan komplikasi kepada kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.