
Anonymous
5 tahun
Ibu mengandung mempunyai masalah kurang hormon tiroid
31 tahun, mengandung minggu ke 15. Tapi mengalami masalah kurang hormon tiroid. Tidak diberi sebarang ubat kecuali ubat tambah darah. Nasihat dan supplements terbaik utk saya? Juga boleh tak saya cuba obimin pluz?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman puan, secara semulajadinya sewaktu hamil, hormon tiroid memang akan dirembeskan sedikit berlebihan bagi membekalkannya kepada bayi melalui saluran plasenta.
Hal ini kerana, masalah hipotiroidisma yang tidak mencukupi dalam badan akan memberi kesan seperti:
- Masalah kekurangan darah merah ( Anemia )
- Masalah darah tinggi yang serius ( Preeclampsia )
- Keguguran ketika kehamilan
- Bayi kurang berat badan selepas dilahirkan
- Masalah tumbesaran otak pada bayi
Selalunya ibu mengandung yang menghidap penyakit hipotiroidism (kurang hormon tiroid) akan dirawat dengan rawatan yang sewajarnya. Bagi kes puan, kami percaya doktor yang merawat puan telah melakukan perkara yang perlu untuk merawat puan.
Untuk mengetahui supplements terbaik untuk puan, pihak kami memerlukan maklumat tambahan mengenai tahap kesihatan puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih