
Sulit
4 tahun
Ikhtiar hamil selama 6 tahun tidak mengandung
Assalamualaikum doctor… Sy noramiza berumur 26 tahun. Sy berkahwin dari umur 19 tahun dan cuba ikhtiar hamil selama 7 tahun tetap x berisi doktor… Sy memang mempunyai period yg tak teratur… Kadang kandang sampai 2 bulan bru period balik… Kadang kadang cepat datang bulan… Saya risau doktor adakah sy mandul… Dulu sy kerap merokok… Tapi dalam setahun dah saya berhenti merokok… Tolong beri penjelasan doktor… Sy teringin sangat ada zuriat sendiri…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai penyebab yang boleh menyebabkan kemandulan atau membawa buruk kepada kesuburan.
Antara punca ketidaksuburan bagi wanita:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan
- masalah kekurangan hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- kesan jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Kaedah terbaik untuk meningkatkan kemungkinan anda hamil dengan cepat adalah memastikan bahawa anda melakukan hubungan seks pada waktu yang tepat dalam kitaran anda. Secara amnya bagi wanita yang mempunyai kitaran biasa, anda akan mengalami ovulasi pada hari ke -14 atau dua minggu sebelum kitaran haid baru. Untuk mengetahui waktu kesuburan, anda boleh menggunakan kaedah kiraan ataupun kalender untuk setiap kitaran. Sentiasa merancang tarikh dan waktu yang sesuai untuk bersama dengan pasangan. Oleh itu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk merawat masalah kitaran haid anda juga.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.