Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Informasi Tentang Vaksin

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mac 30, 2022 7:50 AM

Sulit 3 bulan

Salam Sejahtera Doc, Saya ingin mendapatkan informasi tentang Vaksin Primer yang digunakan sebelum ini adakah ianya sejenis vaksin(Sinovac, Pfizer) yang sama dari segi penggunaan(dosage)?

Dr Ramzdhan 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Anda mempunyai persoalan tentang dos primer dan dos penggalak Covid.
Dos primer bermaksud dos pertama dan kedua vaksin manakala dos penggalak bermaksud dos ketiga vaksin, amat digalakkan kerana tahap perlindungan majoriti menurun selepas berbulan mengambil vaksin primer.

Untuk pengetahuan anda, Jika anda penerima vaksin lengkap Sinovac atau warga emas 60 tahun ke atas (penerima mana-mana jenis vaksin primer), pastikan anda mendapatkan dos penggalak sebelum 1 April 2022 untuk mengekalkan status lengkap vaksinasi. Berdasarkan kajian-kajian terbaru, individu boleh menerima dos penggalak vaksin COVID-19 secara homologous(contoh Sinovac-Sinovac) atau heterologous(contoh Sinovac-Pfizer).Bagi PFIZER Selepas pencairan, satu vial mengandungi dos 0.3ml. Sinovac ialah 0.5mL setiap satu.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Dikemaskini pada: Wed Mar 30 2022 07:50:45 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80