fazira308
4 tahun
Ingin mengetahui keputusan HSG Test dengan lebih tepat
keputusan HSG test saya adalah “clumping of the right fallopian tube noted. there is spillage with para-adnexal loculation. the left fallopian tube is patent and free peritoneal spillage of contrast noted.” adakah keadaan tube di kanan saya berbahaya sekarang ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Hysterosalphingography (HSG) merupakan prosedur yang dilakukan bagi melihat sekiranya terdapat masalah anatomi/fizikal dalam sistem peranakan seseorang wanita. Melalui keputusan yang anda berikan di atas, saya dapati tiub sebelah kiri anda adalah normal. Manakala terdapat masalah dalam tiub di sebelah kanan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah tiub sebelah kanan anda, saya sarankan untuk anda berjumpa dan bertnay dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut dengan doktor yang merawat anda.
Ujian ini dibuat bagi mengetahui punca sukar untuk hamil. Secara amnya, anda masih berpeluang untuk hamil kerana anatomi tiub di sebelah kiri anda masih normal dengan syarat tiada masalah lain yang boleh menyumbang kepada punca sukar untuk hamil.
Berikut hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini langsung kepada doktor anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan. Terima kasih.