
Sulit
4 tahun
Ingin mengugurkan anak
saya seorang bf kepada gf saya dan kami telah membuat sesuatu tanpa memakai alat pelindung…saya mahu tanya adakah doktor menjual pil untuk keguguran bayi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, jika pihak anda/ teman wanita anda ingin mengugurkan kandungan tersebut, haruslah mendapatkan nasihat doktor. Hal ini kerana undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati.
Jika kandungan ini merupakan kandungan yang tidak diingini, saya sarankan pihak anda untuk berjumpa dengan doktor. Anda mungkin tidak dibenarkan untuk menggugurkan kandungan namun pihak hospital boleh mencari jalan untuk membantu anda sepanjang anda mengandung dan mengurus bayi tersebut setelah dia lahir.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera. Proses penguguran dengan sendiri adalah tidak digalakkan kerana ianya merbahaya bahkan boleh membawa maut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.