Sulit
3 tahun
Irritation under my breast
Saya wanita berusia 19 tahun. Memandangkan cuaca agak panas sejak sejak ini, under my breast got irritation disebabkan peluh. Jadi boleh kah saya tau apakah solution untuk sakit saya ini. Dan boleh kah Dr cadangkan kepada saya cream yang sesuai dengan sakit saya ini. Saya ada membeli krim Zarin di pharmacy semalam dan saya pakai krim tersebut tetapi krim untuk membuat kan under my breast lagi rasa nak garu. Jadi ia menyebabkan saya tak boleh tidur. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kulit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diabetes
- Berat badan berlebihan
- Terdedah pada suhu tinggi dan lembab
- Pergeseran antara kulit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kulit mengelupas bawah payudara kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.