Eirashira25
4 tahun
Isi terlebih pada jahitan Selepas bersalin
Saya wanita berusia 25 tahun,saya melahir kan ank perempuan sy sudah 2 bulan.n hari tu saya cek di klinik,nurse kata ad lebihan isi di jahitan,n rasa pedih,sy baru habis period n ad lendir keluar dan ada kuning2 juga.n semasa saya buat air besar ada sedikit darah keluar.boleh saya tahu kenapa ye
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, darah dan lendir kekuningan yang keluar dari bekas luka episiotomi anda mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman. Kadang kadang, luka episiotomi mudah dijangkiti kuman sekiranya kebersihan tidak dijaga.
Walaubagaimanapun, tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan, adalah sukar untuk membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hidapi. Oleh itu, saya sarankan agar anda merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga mungkin perlu menjalani ujian tertentu untuk mengenalpasti punca masalah anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.