Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Jadi lemah selepas menderma darah

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Disember 25, 2020 1:39 PM

Sulit 8 bulan

Hi doctor, tiga hari yang lepas saya telah menderma darah. Tetapi apabila selesai sahaja menderma keadaan saya menjadi lemah. Pada hari kedua menderma, saya mengalami cirit birit serta muntah muntah. Selepas itu saya datang bulan (period/haid). Kesan lebam dan bengkak pada bahagian suntikan juga makin teruk. Saya menggigil dan mengalami pening kepala apabila melakukan aktiviti harian. Pada hari ketiga menderma darah, kuku pada bahagian kaki dan tangan saya berubah menjadi ungu kebiruan. Muka pucat dan menjadi kekuningan (yellowish). Terdapat kesan lebam dan bengkak kemerah merahan pada jari saya. Apabila memeriksa tekanan darah menunjukkan 85/67. Adakah ianya normal bagi individu yang menderma darah? Terima kasih.

Dr Sashini Seeni 8 bulan
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala lemah badan yang anda hadapi selepas menderma darah. Untuk makluman anda, rasa lelah, penat, atau pening selepas menderma darah biasanya akan berlangsung selama beberapa minit. Malah, anda mungkin mengalami lebam pada tempat darah diambil. Lebam mengambil masa lebih seminggu untuk hilang.

Sebaiknya anda mendapatkan rujukan doktor sekiranya:

  • masih berasa pening atau mual setelah minum, makan, dan berehat.
  • tapak jarum menjadi benjol lebam ataupun masih berdarah
  • mempunyai sakit lengan, kebas, atau kesemutan.

Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan punca sebenar masalah yang anda hadapi dengan tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

Dikemaskini pada: Fri Dec 25 2020 13:39:10 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Hematologi tentang derma darah secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19