
rnip90
5 tahun
Jangkitan croup pada bayi 10 bulan (again)
Salam Sejahtera,
Saya telah bertanyakan mengenai croup pada bayi 10 bulan, satu lagi soalan saya ialah jika kita kuarantin bayi selama 2 minggu sehingga sembuh sepenuhnya adakah bayi boleh duduk dekat dengan kucing seperti biasa atau masih perlu elakkan dari kucing tersebut walaupun sudah sembuh?
Terima Kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, anda boleh membenarkan anak anda bermain dengan kucing sekiranya anak anda tidak mempunyai sejarah asma, ekzema, penyakit kulit atau masalah berkaitan saluran pernafasan. Anda perlu memastikan kucing anda benar-benar bersih serta menerima vaksin secukupnya sebelum dibenarkan bermain dengan kanak-kanak kecil. Anak anda juga dinasihatkan untuk menerima vaksinasi mengikut jadual. Sekiranya anak anda mengalami gejala alahan ketika bermain dengan kucing seperti sesak nafas, naik ruam pada seluruh badan serta kegatalan, maka anda perlu membawa segera anak anda berjumpa dengan doktor. Sekian