Sulit
3 tahun
Jantung berdebar, rase pitam, and nak muntah
Saya wanita berumur 22 tahun, saya mudah rase jantung berdebar, rase nak muntah, kepala sakit and ade masa jantung tuu sesak smpai rase nak pitam kenapa yer doktee
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah jantung berdebar dan pitam. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, jantung berdebar atau dipanggil sebagai tachycardia, disebabkan oleh kegangguan pada impuls elektrik biasa yang mengawal kadar pengepaman jantung anda. Banyak perkara boleh meyebabkan atau menyumbang kepada masalah pada sistem elektrik di jantung. Ini termasuk:
- Kerosakan tisu jantung
- Laluan elektrik yang tidak normal dalam jantung semasa kelahiran
- Penyakit atau kelainan kongenital jantung
- Anemia
- Tekanan mendadak, seperti ketakutan
- Ketidakseimbangan elektrolit, bahan yang berkaitan dengan mineral yang diperlukan untuk mengendali impuls elektrik
- Tiroid terlalu aktif
Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Berkenaan perasan muntah dan sakit kepala yang anda keluhkan, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan jika perkara ini kerap berlaku. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.






























