Sulit
3 tahun
Jantung berdegup laju memyebabkan tidak boleh tidur
Saya telah dianiaya kawan saya kerana memberi saya menghisap pod yang berflavour seperti ganja yang menghayalkan , akan tetapi selepas saya menghisap pod itu ia membuat kan saya rasa takut dan resah . Saya tidak tidur selama 3 hari , jantung saya berdegub laju tanpa sebab dan saya asik memikirkan sesuatu tapi tidak tahu , saya kerap termenung tanpa sebab , tiba tiba rasa mahu muntah dan kaki saya selalu berasa sejuk . Saya pergi ke klinik tapi mereka hanya memberi ubat tidur sahaja . Apa yang perlu saya buat ye doctor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana menghubungi dan menujukan soalan kepada kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap situasi yang anda alami.
Berdasarkan apa yang anda nyatakan, anda mungkin mengalami:
- Sindrom withdrawal terhadap bahan tersebut
- Keresahan ataupun anxiety
- Insomnia ataupun masalah untuk tidur
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan umum kami dan anda perlu berjumpa dengan pakar kaunseling, doktor ataupun pakar psikiatri untuk pemeriksaan dan rawatan lebih lanjut.
Anda boleh cuba teknik-teknik ini untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti:
- Berhenti bermain telefon atau gajet satu atau dua jam sebelum tidur
- Bermeditasi sebelum tidur
- Memainkan muzik meditasi atau muzik yang sesuai untuk tidur
- Pastikan persekitaran anda senyap dan selesa sebelum tidur
- Tidur dalam bilik yang gelap
Jika anda masih musykil dan masih memerlukan pertolongan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) dan doktor kami akan memberikan khidmat kaunseling dan konsultasi kepada anda secara atas talian. Terima kasih.