Sulit
3 tahun
Jiwa tidak tenang, rasa malang
saya wanita berumur 36 tahun.Masalah saya adalah senang marah, senang menangis, suka berfikiran negatif dan over thinking. Saya benci dgn bunyi bising seperti kanak2 menangis, bunyi batuk berulang2 dan orang yg bercakap kuat tanpa henti.Saya selalu meminta ampun pada tuhan,ingat pada tuhan tapi sekejap saja saya bertenang, selepas itu saya akan marah, menangis dan kadang2 saya marah pada takdir. Saya terlampau marah sehingga saya mengherdik rakan sekerja serta berkasar pada ibu saya yg terlantar diatas katil. Saya tahu itu berdosa dan selepas itu saya akan menangis jiwa tak keruan dan rasa down. Saya ada tekanan jiwa ke doktor?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah kesihatan mental memerlukan penilaian rapi agar diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Maklumat yang anda berikan memerlukan sedikit penjelasan dan sebaiknya dilakukan bersama doktor pakar psikiatri. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor psikiatri bagi membuat penilaian kesihatan mental. Anda boleh pergi ke klinik kesihatan kerajaan untuk membuat surat temujanji dengan doktor psikiatri di klinik mereka atau hospital. Sekian