
andrewbene9
5 tahun
Kahak berdarah ketika bangun awal pagi
KETIKA BANGUN AWAL PAGI,SAYA INGIN MEMBUANG HINGUS DAN BUANG KAHAK,SAYA MENDAPATI HINGUS DAN KAHAK SAYA BERDARAH BERKETUL-KETUL.aPAKAH PUNCANYA?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kerongkong atau resdung
- Trauma di hidung atau kerongkong terutamanya selepas mencederakan hidung selepas mengorek atau makan makanan yang bersifat tajam
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung yang melibatkan paru-paru (Pulmonary edema)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.