ikasufi30
4 tahun
Kahak pada bayi 6 bulan
saya ibu kepada damia . umur anak saya baru 6 bulan . first dia start demam panas , lepastu terus jadi kahakkk . sampai kena amik nabulizer . tak ada apa2 effect kaa kalau ambil nabulizer ni . sbb dah 3 hari berturut dia kena ambil . apa perlu saya buat untuk sembuhkan anak saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Saluran Udara Atas, Upper Respiratory tract infection
- alahan
- Jangkitan Paru-paru, Acute bronchitis/Pneumonia
- Bronchiolitis
Kesan sampingan Nebulizer turut termasuk
- Kering kulit
- Sakit kepala
Sekiranya anda mendapati anak anda tidak bermaya, kurang minum susu dan berubah personaliti, anda perlu mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.