
nhabd88
5 tahun
Kaki bengkak terseliuh
Saya mengalami bengkak kaki kerana terseliuh jadi ubat apakah yg sesuai bolehkah saya makan prozyme atau ubat yg lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Untuk makluman anda, prozyme adalah merupakan ubat untuk mengurangkan keradangan.
Memandangkan kondisi kaki anda tidak jelas, maka dikhuatiri terjadi masalah lain seperti patah atau terkoyak ligamen. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami ataupun rujuk (DoctorOnCallEPharma) untuk bertanyakan tentang ubat-ubatan. Terima kasih