
Sulit
5 tahun
Kalau pekerja kami warganegara jepun boleh ke mana hospital untuk pemerikaaan
Pekerja jepun kami ingin membuat pemeriksaan di hospital kerajaan. Boleh ke? Baru balik sari jepun semalam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Merujuk kepada soalan anda, bukan warganegara Malaysia boleh pergi ke hospital kerajaan untuk menjalankan pemeriksaan. Namun, sebelum itu, mereka digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan mereka berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini mereka akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini