Sulit
3 tahun
Keadaan sekeliling berpusing dan mual
Saya wanita dalam 20’ an mengalami gejala persekitaran berpusing dan mual, saya search di internet pnyakit ini dinamakan vertigo, saya chck pagi ni darah saya 102/72 adakah disebabkan darah saya rendah, saya mengalami situasi sekarang ni?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh tekanan darah rendah anda iaitu 102/72 mmHg. Namun, masalah vertigo ini boleh disebabkan pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign paroxysmal positional vertigo
- Jangkitan telinga
- Sindrom Meniere
- Ketumbuhan pada telinga (Acoustic neuroma)
- tekanan darah rendah
- kandungan gula yang rendah
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera.
Anda dinasihatkan untuk berhati hati kerana tekanan darah rendah boleh juga menyebabkan pitam dan jatuh pengsan di tempat yang merbahaya,
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.