
Sulit
5 tahun
Keadaan yang saya sendiri taktahu kenapa
Saya remaja umur 16 tahun, saya taktau. i dont know why i sakit mcamni, setiap kali rasa nak nangis, tak rasa nak makan, fikir banyak, dada terasa berat sangat, i dont know why, tiba2 marah tiba2 nangis, benda sikit nak mengamuk, idontknow why, semua orang taksuka sbb takbole kawal emosi, saya taktau kenapa, semua orang benci sebab asyik cakap saya tak boleh kawal emosi, saya sendiri taktau kenapa, setiap kali rasa nak duduk kat bilik je, nak baring je, takde semangat nak buat apa2, please i nak tau whats wrong with me:pensive:

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh isu sikap persendirian anda atau masalah psikologi. Terdapatlah sesetengah remaja milenium ini sentiasa menikmati kehidupan yang senang dan berkualiti, ibu bapa tidak menegur mereka atas kesalahan mereka. Hal ini boleh menjadikan remaja ini menjadi manja dan selalu merajuk sekiranya mereka tidak mendapat apa-apa jua yang mereka hendaki.
Dari segi psikologi, ada sesetengah individu mempunya masalah mengawal emosi mereka, terutamanya kemarahan mereka (anger management issue). Ini akan menyebabkan mereka sentiasa hilang kawalan semasa menghadapi sesuatu yang boleh menjadikan mereka marah.
Anda disarankan untuk bercakap dengan orang yang anda percayai seperti ahli keluarga anda atau kawan baik anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.