
Sulit
4 tahun
Kebas dekat kulit perut sebelah kanan
Saya nak tanye bagi pihak ayah saya… ayah saya terasa kebas dekat perut sebelah kanan… selepes berurut… apa saya perlu buat ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kebasdi bahagian perut.
Untuk makluman anda, kebas secara amnya boleh disebabkan pelbagai perkara termasuklah:
Hypoglycemia yaitu kurang gula dalam darah
Stroke yaitu apabila bahagian otak yang terkena tidak mendapat oksigen
Multiple sclerosis yaitu masalah sistem saraf pusat yang mana apabila signal tidak dapat disalurkan dengan benar
Malnutrisi atau kurang vitamin sehingga menganggu pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh
masalah saraf
Namun sekiranya ayah anda mengalami sakit di bahagian perut kanan, beberapa penyakit yang biasa berlaku perlu di ambil berat seperti:
- Keradangan apendik
- Batu karang
- Batu hempedu
- Keradangan usus
Sekiranya ayah anda mengalami gejala kebas ini secara berterusan, dan juga mula mengalami gejala gejala lain, saya menasihatkan anda untuk ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.