Sulit
3 tahun
Kebas di bahagian pipi kiri dan bibil atas belah kiri akibat tumbukan
Pipi belah kiri dan bibil atas belah kiri terasa kebas akibat tumbukan…dan bila penjam mata kuat2 terasa sakit di sebelahan bahagian kiri hidung
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kecederaan pada bahagian muka boleh mencederakan saraf pada bahagian muka dan menyebabkan kekebasan. Kekebasan boleh berlaku dan akan terjadi selama 24 jam.
Namun begitu, saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan kerana kekebasan adalah gejala kepada sesuatu masalah. Kekebasan pada muka juga boleh disebabkan:
- Jangkitan pada gigi atau gusi
- Migrain
- Strok
- Ubat-ubatan
- Alahan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.