Sulit
6 tahun
Kebas Kaki Di Bahagian Kanan
Saya lelaki berumur 22 tahun. Kaki kanan saya mula kebas di bahagian tapak kaki, tetapi kebas itu tidak makin hilang dan saya rasa ia seperti mencucuk. Apa perlu saya buat
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, anda boleh cuba melakukan regangan dan senaman ringan bagi melihat jika kebas tersebut hilang. Jika tidak, maka konsultasi lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat. Ini disebabkan masalah anda boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti:
- Masalah saraf
- Masalah salur darah atau kelancaran perjalanan darah
- Masalah otot dan sebagainya
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























