Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kebas-kebas bahagian pinggang Kiri sampai paha

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 2, 2020 3:12 PM

Sulit 42 hari

Saya rasa kebas² bahagian pinggang sampai paha apa kah tu penyakit pinggang atau batu karang saya sering tahan kencing dan kurang minum air.Tapi say tak rasa sakit …saya tak selesa dengan kebas² di bahagian pinggang sampai ke paha

Dr Ramzdhan 42 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kebas daripada bahagian pinggang ke peha boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Hypoglycemia yaitu kurang gula dalam darah
  • Stroke yaitu apabila bahagian otak yang terkena tidak mendapat oksigen
  • Migraine sejenis sakit kepala
  • Multiple sclerosis yaitu masalah sistem saraf pusat yang mana apabila signal tidak dapat disalurkan dengan benar
  • Malnutrisi atau kurang vitamin sehingga menganggu pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh
  • masalah saraf

Kebarangkalian ia disebabkan oleh batu karang ialah rendah kerana selalunya, penyakit ini akan menyebabkan gejala sakit pada bahagian pinggang yang amat teruk.

Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jun 02 2020 15:12:09 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Kebas dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Mengalami rasa kebas di jari yang terluka Saya telah mengalami luka akibat terkena pisau di jari manis sebelah tangan kiri tahun lepas. Menerima 3 jahitan dan pendarahan yang agak serius. Setelah pulih jari berasa kebas sehingga kini. K… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit belakang, kebas kaki , kaki jadi lemah dan jatuh tetiba umur saya 24 tahun, saya selalu sakit belakang bila terlalu sejuk dan stress dan kaki pun jadi kebas, bila jalan kaki jadi lemah dan jatuh tetiba. saya start sakit ni dari umur 15 tahun lepas ka… Baca lagi...
32 hari
Sulit
Muka sebelah kanan terasa kebas Assalamualaikum … doktor saya berumur 19 tahun , dlm beberapa bulan ni , saya ada rasa Muka sebelah kanan saya terasa kebas -Muka tidak jatuh -Anggota badan yang lain seperti biasanya cergas… Baca lagi...
46 hari
Sulit
Bengkak dan lebam akibat terhentak Kebas di bahagian bengkak dan lebam. Tak rse sakit apabila disentuh tetspi sakit bila jalan. Adakah ia normal? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Kebas pada kedua-dua belah tangan, dari siku hingga ke hujung jari Saya seorang wanita berumur 50 tahun. Saya telah alami kebas tangan dari siku hingga hujung jari bagi kedua-dua belah tangan saya lebih kurang 3 tahun lebih. Saya selalu minta diurut oleh tukan … Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi