Sulit
3 tahun
Kebas-kebas di kawasan belikat sebelah kiri
saya seorang wanita berumur 26 tahun dan bekerja sebagai seorang kerani. Saya mengalami rasa kebas- kebas di kawasan tulang belikat sebelah kiri. Pada mulanya saya berfikir mungkin penat bekerja, tetapi apabila ia kerap berlaku membuat saya berasa tidak sedap hati. Rasa kebas ini terlalu kerap sehingga mengganggu kerja saya. Boleh doktor terangkan kepada saya apakah mungkin masalah yang saya hadapi dan perlukah saya pergi berjumpa dengan doktor? Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Hypoglycemia yaitu kurang gula dalam darah
Stroke yaitu apabila bahagian otak yang terkena tidak mendapat oksigen
Migraine sejenis sakit kepala
Kompliksi kencing manis
Multiple sclerosis yaitu masalah sistem saraf pusat yang mana apabila signal tidak dapat disalurkan dengan benar
Malnutrisi atau kurang vitamin sehingga menganggu pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh
masalah saraf
Kebarangkalian ia disebabkan oleh batu karang ialah rendah kerana selalunya, penyakit ini akan menyebabkan gejala sakit pada bahagian pinggang yang amat teruk.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.