
Sulit
4 tahun
Kebas Punggung Kiri
Saya wanita berusia 39 tahun. Pada 5 Mei, saya menemui doktor kerana sakit pada bahagian punggung dan pangkal paha kanan. Setelah pemeriksaan, saya diberi suntikan pada punggung kiri. Semenjak semalam, saya merasa kebas pada punggung kiri. Adakah ia akibat daripada suntikan tersebjt walaupun ia telah seminggu berlalu?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Kesan sampingan suntikan yang anda perolehi
- Urat saraf yang dihimpit oleh otot atau tulang
- Masalah kencing manis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.